1.05.2010

Sentuh bab: Kawanku.

Assalammmmm--mualaikum
Warahmatullahi-
Wabarakaaaaaaaaaaaaaaaaaaatuh!
*gaya Haji Haji Haji Mustafa kat Qalesya*




Alhamdulillah aku mempunyai beberapa kawan yang baik punya !
Antaranya adalah :-)
Kanjana  / Anna;
Fatihah;
Shahirah / Shasha;
Iffah / Nia;
Suzie;
Wani;
Nadia;
Hidayah;
Fatin Nabila;
dll.

Sebelum ini aku tak pernah blog pasal kawan-kawan. Kalau ada pun, sekali dua aje. Aku mengaku, I used to take my friends for granted. Memanglah ada yang aku rapat dengan dan ada jua yang tak. Tapi sekurang-kurangnya ada juga orang yang peduli. Rasanya lah.

Sebenarnya, semalam selepas waktu rehat kami sepatutnya berada di dewan untuk mendengar sedikit taklimat. Semasa dalam proses, tiba-tiba Fatihah, Nadia, Fatin dll datang. Fatihah pun berkata (chewaah) "Awak pergi mana? Dah cari kat mana-mana dah tahu?" - Terharu. Itu sajalah yang dapat aku rasakan pada masa itu. Sebelum ni, macam tak berapa peduli je. Aku pergi mana, mana ada orang kisah sangat dulu.

Aku rasa aku ni bodoh. Ada ke dulu fikir "Ala, dorang tu good friends je. Bukan best friends!" Tapi untuk jadi best friend kena ada peringkat-peringkatnya kan? Friends --> Good friends --> Best friends. (:

Tapi .. entahlah. Tak tau la dorang anggap aku ni apa. Tapi aku masih bersyukur.
 Ada juga yang sudi berkawan dengan orang gagap seperti aku.
Ada jugak yang sudi berkawan dengan Pemimpin Kaum Hawa Skema seperti aku.
Ada juga yang sudi berkawan dengan .. budak pendiam seperti aku.
Ada juga yang sudi berkawan dengan budak ugly seperti aku..
Ada juga.. ada juga..

Aku tak boleh bayangkanlah kalau dorang takde. Mesti lagi sunyi.. Keseorangan. Aku tak nak pergi ke sana lagi.. TAK NAK TAK NAK !!

Sebenarnya aku tak sombong. Orang fikir aku macam tu ke? I hope not. Dalam bayangan kepala otak aku, aku ini adalah seorang yang periang, happy-go-lucky, friendly, dan macam-macam lagi yang bagus-bagus. Tapi entah kenapa, perwatakan tu hilang dan tak boleh di realisasikan. :(

Dan kawan-kawan sekalian, jutaan terima kasih kerana sanggup menerima saya seadanya. 



 P.S. Bila baca balik macam terlebih
kejiwangan plak =P

No comments: