12.08.2013

Whatever that was, I am grateful.

Aku masih dapat ingat..

Waktu tu, nak solat asar.
Dah siap pakai telekung, tapi kepala tiba-tiba rasa berat..

Tak ingat sejak bila, mungkin semasa mengambil wudu, atau lepas tu..

Rasa macam nak pitam..
Rasa macam.. adakah ini ajalku..
Berpeluh-peluh..
Pandangan rasa gelap..
Sukar nak buka mata..

Tapi ku gagahkan juga.
Untuk berdiri..

Dalam kepala, serius fikir 'Allah' je..
Tak berani fikir perkara lain..
Hanya harapkan Allah.

Kalau tak berkeadaan ni, mungkin, seperti selalu,
Aku akan terfikir pasal benda lain..
Contoh, makanan.. atau rancangan tv.. dll yang bersifat duniawi..

Sedih mengenang sifatku ni..
Sepatutnya semasa solat, tumpuanku hanya pada Allah..
Khusyuk ni satu cabaran..

Masa sujud..
Terasa nikmat.. sangat.
Yalah, posisi paling stabil..

Kalau boleh, rasa macam nak sujud lama-lama..
Rindu untuk sujud setiap rakaat.

Usai solat, aku terus baring..
Pasang kipas kuat-kuat..
Badan dan baju dibasahi peluh.
Masih tak mengerti apa yang terjadi..

Tapi.. waktu itulah..
Aku rasa.. aku paling khusyuk dalam solat..

Syukur..
Sekurang-kurangnya aku dah nampak satu hikmah..

Alhamdulillah.
Selepas beberapa waktu, rasa ok balik..
Tapi aku takkan lupakan pengalaman ni..
Akan kucuba mengenangkannya..
Terutama pabila rasa nak terfikir benda lain..
Relive that experience again..

No comments: