2.03.2014

Cerita Matahari & Angin.

Bila kita berjalan di kawasan panas,
terasa bahang sang suria..
Pernahkah kita terfikir..

"Panas ini hanya panas di dunia..
Tetapi itu pun aku tak sanggup kadang kala..
Bagaimana pula dengan panas akhirat..
Panasnya api neraka..
Yang sudah jadi hitam kerana terlalu lama dipanaskan..
Lagi aku tidak sanggup ya Allah.."


Tatkala angin sepoi-sepoi bahasa menyapa mu, pernahkah kamu terfikir..

"Sedapnya angin ni.. Dan ini hanya angin dunia.. Angin di syurga tentu lebih nyaman.."

Ya Allah.. Engkau tunjukkan kami dua situasi ini hari-hari..
Dan hari-hari juga lah kami diperingatkan untuk bermuhasabah diri..
Terima kasih ya rabb.

No comments: