4.07.2014

Humans get, and forget.

"Oops, pen terjatuh!"
"Nah, pen kamu."
"Terima kasih sahabat!"

Sekecil-kecil perkara yang manusia lakukan untuk kita, sama ada dalam bentuk pertolongan, pemberian hadiah, peluangan masa dll, mesti terdetik dalam hati (sekurang-kurangnya) untuk ungkapkan 'terima kasih'.

Betul? Jika tak betul, semak semula tahap kenormalan anda! :p
Ok. Fokus.

Itu manusia. Cara kita hendak menunjukkan penghargaan, selalunya ucapan terima kasih sudah memadai. Kita dan orang yang diterima kasih (apakah?) akan saling berkongsi kegembiraan. Kerna kita menerima pertolongan, dia pula, berasa dihargai (walaupun bukan objektif utamanya).

Bagaimana pula dengan Allah?
Allah bagi macam-macam pada kita.
Tak terhitung. Kita masih hidup sekarang
ini pun, kerana Allah yang mengizinkan
jantung kita terus berdegup.
Kita masih dapat melihat,
kerana Allah yang mengizinkan
mata kita berfungsi dengan baik.
Banyaknya kita makan hari ini.
Mmm sedap. Rezeki, kata orang.
Rezeki daripada..? Allah.
Kesihatan itu nikmat.
Dapat tidur itu nikmat.
Masih memiliki ibu ayah itu nikmat.
Nikmat. Nikmat. Dannn nikmat.

Justeru. Gimana mau tunjukin kesyukuran dong?
Salah satu cara.
Banyakkanlah ucap 'Alhamdulillah'..
Cara lain pula. Yang sepatutnya dilakukan sejajar dengan ucapan Alhamdulillah..
Taati Allah. Jauhi larangan-Nya.
Cuba sedaya upaya agar Allah reda.

Memang.. Allah tak perlukan semua itu daripada kita.
Tetapi.. Bersyukur itu lebih baik untuk kita.
InsyaaAllah.. dapat dekatkan diri pada Allah.
Dapat menyedari kelemahan diri.
Sebagai hamba yang lemah.
Yang sentiasa bergantung harap pada nikmat dan pertolongan Allah.

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" (Quran 55:13)

"..amatlah sedikit kamu bersyukur."
(Quran 67:23)



Humans get and forget. Allah gives and forgives.

No comments: